FB TW AF
You have no idea how much I like you, how much you make me smile, how much I love talking to you, or how much I wish you were forever mine. An #Aquarius makes good friends, better lovers but your fucking worst enemy.
Wednesday, May 4, 2016 1:41 AM | 0 dorks
Yes, im in the relationship and i already have a boyfriend since 2013. And i loved him so much. Tapi ada sesuatu yang menghimpit perasaan ni dan mengganggu fikiran, sejak bila entah aku pun tak ingat. Yang pasti, aku sedih dengan perasaan ni.

Aku tak tahu sama ada dia kisah atau tidak lagi perihal aku sekarang. Aku sedang buat apa. Aku dah makan belum. Aku di mana. Aku okay atau tidak. Atau macam mana dengan hari-hari aku. Aku lupa, sejak bila last dia ambil tahu semua ni. Kadang-kadang sakit berharap dia akan perduli dan ambil berat tentang aku. Dan aku rindu nak kan seseorang yang suka ambil tahu, dan nampak dia perduli. Macam dulu.

Banyak perkara yang telah terjadi yang membuatkan aku tertanya, masih pentingkah diri aku ni pada dia, masih sama atau tidak rasa sayang dia dekat aku. Atau semua tu sebenarnya dah lama pudar dalam hati dia.

1 hal lagi, sekarang ni dia selalu nak marah-marah aku, entah mana salah aku. Lagi-lagi bila aku cuba ambil tahu tentang dia. Ada je yang tak kena. Ada je salah aku.

Dalam banyak-banyak hal yang aku hadap dengan dia. Aku cuba sabar. Aku selalu cuba tanam rasa bersyukur kerana aku masih ada dia. Aku dah besar, bukan masa untuk main-main. Aku kena fight dengan relationship aku sekarang. Aku dah penat dan taknak kenal orang lain, yang perlu mula dari bawah. Even sometimes its really hurt me so much.

Dan dalam banyak-banyak hal yangg aku hadap dengan dia. Aku tak rasa kami bercinta. Aku tak rasa aku ni yang penting bagi dia. Aku tak rasa juga hubungan kami ni penting untuk dia jaga betul-betul macam apa yang dia janjikan. Aku rasa aku dah bagi banyak daripada aku menerima. Aku rasa terhegeh-hegeh. Aku perempuan aku penat dan aku rasa terbeban.

Aku cuma nak kepastian dari dia. Aku selalu berharap akan sesuatu perubahan dalam hubungan kami. Even parents aku dah jumpa dia, kenal dia, suka dia. Even keluarga dah berjumpa keluarga. Aku inginkan kepastian dan perubahan tu.

Saturday, October 3, 2015 9:35 AM | 0 dorks

Andai itu yang telah tertulis di Luh Mahfuz, Insya Allah sama ada cepat atau lambat jodoh tu pasti ada. Doalah banyak-banyak mintak petunjuk dan jawapan dari Allah sementara kau masih berada di tanah suci Mekah antara tempat paling mustajab untuk berdoa. Aku juga mendoakan supaya Allah pertemukan jodoh kita. Andai betul kau nak, kau usaha dan aku tunggu. Luahan yang ringkas tetapi penuh dengan harapan yang sama. Dengan izin Allah, pasti ada.

"If Allah has written for 2 people to marry, no one can stop them from being married. If He hasn't, then no one can help them get married"