FB TW AF
You have no idea how much I like you, how much you make me smile, how much I love talking to you, or how much I wish you were forever mine. An #Aquarius makes good friends, better lovers but your fucking worst enemy.
Saturday, July 25, 2015 9:10 AM | 0 dorks
Hi Assalamualaikum. Dah lama aku nak mengarang cerita yang aku nak di ceritakan ni tapi tu la tu masa tak mengizinkan dan aku pun tak tahu nak mulakan nak ceritakan macam mana. Okay aku cuba :)

Aku happy dapat tahu yang dia akan menunaikan haji, gantikan tempat arwah abah. Siapa tak happy and bersyukur dapat peluang tunaikan ibadah paling utama dalam rukun Islam, Allahu. Susah tau nak dapat peluang ke sana, nak tunggu giliran ke sana, bila dia dapat nikmat rezeki besar yang Allah bagi ni aku turut bahagia aku pun turut rasa bersyukur :) tahniah.

Pergi haji ni semua orang tahu, bukan pergi saja-saja, pergi untuk menghadap Ilahi di tanah suci Mekah, pergi untuk beribadah, pergi nak sucikan diri dari dosa dosa dan pulang dengan hati yang bersih, Masha Allah. Besar tanggungjawap tu untuk pergi haji, sebelum dan selepas pergi haji. Aku nak explain betapa besarnya tanggungjawap tu, persediaan diri dari segi zahir dan batin tu aku sendiri tak dapat nak cakap dekat sini. Maksud aku persediaan diri tu bukan dalam bentuk pakaian duit semua tu bukan, maksud aku persediaan diri tu dari hati, iman. Salah 1 sebab aku tak dapat nak cakapkan 1 sebanya aku tak ada ilmu, sebab tu wujudnya kelas haji tu. Mesti dalam kelas haji ada sentuh bab bab persedian diri ni. Tinggalkan dosa. Sebelum pergi haji tinggalkan dosa, mintak maaf, mintak halal dan lain lain. Now macam dapat tak apa yang aku nak sampaikan? Ke belum dapat? Okay aku teruskan, hehe.

Aku tahu manusia tu takkan terlepas melakukan dosa, tak kira besar atau kecil. Aku tahu aku pun tak dapat nak elak buat dosa. Aku pun tak baik sangat. Tapi aku terfikir juga hal ni. Iman aku masih nak rasa sentap tu. Semua orang tahu juga yang bercouple tu haram. Terlalu bebas bergaul dengan ajnabi pun berdosa. Aku tahu, aku tahu semua tu. Oleh sebab aku tahu semua ni dosa, aku nak dia tinggalkan dosa dosa ni. Hmm. Tapi.. tapi ni lah yang buat aku dilema, asyik duk terfikir. Aku tak tahu lah, ya Allah. Nak suruh dia lepaskan aku, aku tak ready, aku tak kuat. Tapi pada masa sama untuk kuatkan hati ni sungguh sungguh aku ingatkan diri sendiri bahawa "kalau berpisah sekarang, andai betul Allah dah tetapkan dia jodohku, maka 1 hari nanti Allah akan pertemukan juga" Allahu, lemahnya iman aku sebagai manusia biasa ni, aku tak mampu nak lepaskan dia even sekuat mana aku pertahankan dia sekarang kalau Allah tak izinkan juga pun, memang takkan ada jodoh tu. Dan aku tak ready nak bagi tahu dia atau bawak bercakap/bincang hal ni. Aku cuma tak ready, hmm.

Sekarang. Aku banyak berdoa dengan Allah. Semoga Allah kuatkan jodoh kami, pertemukan jodoh aku dengan dia, permudahkan kami. Aku hanya mampu minta pertolongan Allah. Aku malu, aku taknak meminta dia untuk dia tetap dengan aku, lain kata 'terhegeh hegeh'. Aku mintak dia berdoa, mintak dari Allah pada masa sama usaha, dan aku akan tunggu dia. Insya Allah berkat doa dan usaha, sabar, Allah akan bantu.

Andai nanti aku dah bersedia nak bincang hal ni dengan dia. Andai nanti berlaku perpisahan tu. Aku cuma mampu redha dan terus berdoa yang baik baik. Macam aku cakapkan tadi aku mintak dia terus berdoa, mintak petunjuk/jalan dari Allah pada masa sama usaha, dan aku akan tunggu dia. Insya Allah dengan doa dan usaha, sabar, Allah akan bantu. Insya Allah.

Semoga diri makin tabah dan iman makin kuat. Amin